MINGGU TEKAD SISWA (MTS KHUSUS)


MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT
HAJAT


KURSUS PENYEMBELIHAN
Kursus ini terbuka kepada
pelajar UNISEL. Ianya berlangsung pada 16 & 17 Mac 2012 anjuran Pusat Islam
dengan kerjasama Majlis Perwakilan Nuqabak.
Sebanyak 60 ekor ayam hidup disembelih pada petang Jumaat, manakala 20
ekor ayam lagi disembelih pada keesokan harinya. Taklimat dan teori
penyembelihan disampaikan oleh Ustaz Saedal Atas Bin Abd. Ghani dan Ustaz
Mohammad Sofyan Bin Razali. Kemudian setiap peserta kursus dikehendaki membuat
praktikal penyembelihan. Selepas proses penyembelihan , setiap peserta diminta
menguruskan ayam ( mencabut bulu ayam yang telah disembelih dengan sempurna).
Ayam yang disembelih kemudiannya dimasak oleh pihak penganjur untuk jamuan para
peserta kursus.
PROGRAM BICARA FATWA


KURSUS PRA-PERKAHWINAN SIRI KE-7
Seperti tahun yang sebelumnya,
Pusat Islam sekali lagi menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 25 & 26 Februari 2012 di Dewan
Senat, Kampus Bestari Jaya UNISEL . Ini adalah kursus siri ke-7 dihadiri
seramai 106 orang peserta yang terdiri daripada 37orang lelaki dan 69 orang
perempuan. Para peserta adalah di kalangan staf dan pelajar UNISEL. Pendaftaran
seawal 7.30 pagi diikuti dengan sarapan pagi. Kursus bermula jam 8.30 pagi,
berakhir jam 5.00 petang pada hari pertama. Penerangan telah disampaikan oleh
Ustaz Abdul Rahim Bin Asmungi. Diikuti dengan slot yang seterusnya oleh Ustaz
Abdul Rahim Bin Salleh, En. Sabtuah Bin Royali dan Ustaz Kahfi Bin Ngiso. Hari
terakhir kursus diteruskan lagi dengan 4 slot yang disampaikan oleh Ustaz
Nasrul Hadi Bin Rohani, Ustaz Zainal Abidin Bin Mohamad Yusof dan Ustaz Rif’at
Basya Bin Halik Bassah. Kursus berakhir jam 3.30 petang. Para peserta diminta
mengisi borang kajiselidik berkaitan kursus yang telah dihadiri. Sijil
penyertaan diberikan kepada para peserta yang telah mengikuti kursus sepanjang
2 hari berlangsung.
SEMINAR MUSLIMAH BERKARISMA
& BERKETRAMPILAN 2012/1433H

KARNIVAL KHAIRA UMMAH SEMPENA
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H
Program Khair Al Ummah telah diadakan pada 8
Februari 2012 hingga 11 Februari 2012 bertempat di perkarangan Masjid Unisel.
Karnival ini julung kali diadakan dengan bantuan beberapa pihak di mana
sebahagian besar khemah pentas ditaja
oleh Generasi Idaman Selangor (Gems). Terima kasih dan ucapan penghargaan
kepada staf dan pelajar Unisel yang
turut bekerjasama menjayakan karnival. Sepanjang karnival berlangsung pelbagai
aktiviti telah diadakan termasuklah progra m ceramah,
kutipan tabung untuk Palestin, pertandingan kanak-kanak dan gerai jualan.
8 Februari -
Program bermula selepas asar di mana gerai jualan mula dibuka kepada orang
ramai. Segalanya berjalan lancar walaupun mempunyai masalah komunikasi dengan
pihak yang terlibat . Program Kuliah Maghrib berjalan lancar. Kemudian
diteruskan dengan “Program Cerapan Langit Malam” dengan daya tarikan
teleskop khas membolehkan penonton melihat planet di angkasa secara percuma.
9 Februari – Hari kedua program diteruskan dengan
membicarakan tajuk “ Masam Manis Cinta”. Kehadiran pelajar pada malam
tersebut cukup memberangsangkan malahan
mereka memberi kerjasama dalam menjayakan program. Pihak “Raudatus Sakinah”
telah memberi penerangan yang jelas beserta slaid yang berkaitan berkaitan
masalah sosial yang berlaku di kalangan remaja dan belia hari ini.
10 Februari
- Di sebelah pagi telah berlangsung Perarakan
dan Perbarisan Maulidur Rasul Peringkat UNISEL. Manakala di sebelah malam
diteruskan dengan program khusus untuk pelajar iaitu : Santai Anak
Muda : Aku Cinta & Study bersama: En.
Fauzan Madzlan, Imam Muda Aran dan En. Riduan Mohd Nor .
11 Februari - Kemuncak
program yang dinantikan adalah “ Konsert
Simfoni Ya Rasullullah” di mana ia
merupakan penutup acara Karnival Khaira Ummah..Konsert simfoni Ya Rasullulah
menarik perhatian warga unisel dan masyarakat setempat dengan kemunculan
kumpulan nasyid sperti UNIC, devotees, Fitri Haris dan dan Tuan Nor Shazni Tuan
Mud a.
PROGRAM SILATURAHIM DAN SEMINAR
PEMUDA REMAJA MASJID MALAYSIA
DAN INDONESIA
Pihak UNISEL dengan kerjasama
Pejabat Agama Daerah Kuala Selangor, BKPRMI dan MANDALA Institut telah
menganjurkan Program Silaturahim dan Seminar Pemuda Remaja Masjid Malaysia
dan Indonesia bertempat di Dewan Senat, Universiti Selangor. Program ini
berlangsung selama 5 hari bermula pada 1 – 5 Februari 2012. Pada hari pertama,
seramai 30 orang dari delegasi Indonesia tiba dan dibawa melawat ke Masjid
Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah, Shah Alam seterusnya ke Taman Seni Islam
sebelum dibawa menginap di UNISEL Kampus Bestari Jaya. Pada hari
kedua,berlangsung Seminar Pemuda Masjid yang dihadiri oleh 150 orang yang
terdiri dari Pihak Pengurusan Tertinggi UNISEL, Pengurusan Kanan, Pemuda Masjid
Daerah Kuala Selangor, Pelajar UNISEL serta Delegasi Indonesia. YB Dr. Hajah
Halimah Bt. Ali telah merasmikan seminar ini. Seminar bermula jam 8.00 pagi
sehingga 1.00 tengahari. Manakala di sebelah petang, Delegasi Indonesia dibawa
melawat ke Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor dan Madrasah Wa Tarbiah
Al-Ansar. Keesokan harinya, delegasi dibawa melawat ke Lembaga Zakat Selangor
(LZS), Jabatan Mufti seterusnya ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dan akhir sekali ke Masjid
Asy- Syakirin. Hari keempat, Delegasi Indonesia berkesempatan membeli-belah di
Pusat Bandaraya diikuti lawatan ke Masjid Putrajaya. Hari terakhir, delegasi
Indonesia bertolak ke KLIA, pulang bersama kenangan sepanjang lawatan 5 hari di
Malaysia.
KURSUS
PENGURUSAN JENAZAH SIRI 1/2012


Kursus Pengurusan Jenazah ini merupakan program
anjuran Pusat Islam dengan kerjasama JK Masjid UNISEL dan Pusat Ko-Kurikulum
terbuka kepada pelajar UNISEL dan pelajar Diploma Pendidikan & pengajian
Islam. Ia berlangsung pada 7 Januari 2012 bertempat di Masjid UNISEL. Setiap
peserta dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM10. Program bermula jam 8.30
pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Pihak penganjur telah menjemput 3 orang
penceramah. Slot pertama disampaikan oleh Ustaz Haji Ahmad Fuad Bin Hj Abu, membicarakan
tentang ‘Sakaratul Maut’. Para pelajar didedahkan berkaitan persediaan
menghadapi kematian. Manakala slot yang seterusnya adalah praktikal pengurusan
jenazah, di mana Ustaz Mutaali Bin Tamami dan Ustazah Kamariah Binti Che Wahab
memberi penerangan mengenai tatacara
yang betul dalam memandikan dan mengkafankan jenazah. Peserta kursus dapat
merasai pengalaman memandikan model jenazah yang terdiri di kalangan peserta.
Setiap peserta dibahagikan kumpulan, seorang ahli kumpulan diminta menjadi
model jenazah untuk dikafankan. Ahli kumpulan yang lain ditugaskan untuk
mengkafan model dengan cara yang betul sebagaimana penerangan dan tunjukcara
oleh penceramah.
PROGRAM IBADAH QURBAN & AQIQAH 1432H
Seramai 200 orang peserta di kalangan staf dan pelajar UNISEL, staf Jana Niaga dan penduduk Kg. Bestari Jaya turut serta dalam gotong-royong sempena ibadah Qurban 1432H. Program ini telah berlangsung selama 2 hari. Program ini bermula pada 8hb November 2011 (Selasa) di sebelah petangnya, gotong- royong diadakan di mana seekor lembu sumbangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diqurban dan seterusnya proses melapah dan memotong daging sebagai persediaan masakan untuk jamuan pada keesokan harinya. Hari kemuncak adalah 9hb November 2011 (Rabu), sebanyak 4 ekor lembu peserta qurban dan seekor kambing disembelih untuk agihan qurban.
MAJLIS PERPISAHAN PENGARAH PUSAT ISLAM
Pada 29 September 2011 (Khamis) telah berlangsung satu majlis perpisahan Pengarah Pusat Islam iaitu Tuan Hj. Mokhtar Bin Hj. Ridzwan yang menamatkan kontrak perkhidmatan setelah 7 tahun bertugas di Pusat Islam Universiti Selangor sejak tahun 2005 - 2011 . Penamatan perkhidmatan beliau adalah untuk memberi peluang kepada pengganti beliau meneruskan perjuangan memantapkan lagi Pusat Islam dan menjadi pemangkin pembentukan modal insan. Pemangku Presiden UNISEL, Y.Bhg Prof. Hj. Anuar dan Timbalan Naib Canselor dijemput memberikan kata-kata aluan di majlis bermakna tersebut. Turut diraikan di majlis tersebut adalah mantan staf Pusat Islam yang terdahulu di atas khidmat bakti sepanjang mereka bertugas di Pusat Islam.
IHYAK RAMADHAN 1432H /2011M
Pelbagai program telah disusun sempena Ihyak Ramadhan 1432H/2011. Seperti kebiasaannya, setiap hari disediakan iftar (berbuka puasa) di Masjid UNISEL untuk staf dan pelajar. Juadah berbuka puasa yang disediakan adalah hasil kutipan sumbangan dari orang perseorangan atau secara berkumpulan khusus untuk Ihyak Ramadhan. Solat Terawih berjemaaah dilaksanakan pada setiap malam. Manakala Kuliah Ramadhan pula diadakan pada waktu siang selepas Solat Zuhur. Pada 19 Ogos 2011, Majlis Iftar Jamaie bersama pihak pengurusan bermula selepas Solat Asar. Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai dari Bank Islam Malaysia Berhad selaku penyumbang untuk asnaf zakat. Majlis berakhir jam 9.30 malam.
Biro
Muslimat Masjid UNISEL di bawah kelolaan Puan Hajah Fauziah Abd. Rahman dengan
kerjasama Pusat Islam UNISEL telah merancang dan berjaya mengadakan beberapa
aktiviti untuk warga Muslimah UNISEL. Majlis Khatam Al-Quran Muslimah telah
berlangsung pada 19 Ogos 2011 bersamaan 19 Ramadhan 1432H yang lalu bertempat
di Dewan Senat, UNISEL. Aktiviti lain yang
telah dijalankan adalah Kelas Iqra’ pada setiap hari Isnin dan rabu setiap
minggu sebagai pengukuhan dan memperbaiki bacaan al-Quran. Ianya berlangsung selama
8 minggu yang bermula pada 6hb Julai 2011 sehingga 24 Ogos 2011. Kelas
seterusnya adalah Kelas Bimbingan Al-Quran yang bermula pada 7 September 2011. Kedua-dua
kelas ini diadakan di Bilik Syura, Pusat Islam di bawah bimbingan Ustaz Abd.
Rahman Bin Ridewan . Selain dari itu Majlis Bacaan Yaasin juga diadakan bermula
pada 24 Jun 2011. Ianya diadakan secara bergilir melibatkan semua staf setiap
unit, jabatan dan fakulti UNISEL . Aktiviti terkini yang dijalankan adalah
Kelas Bahasa Arab Asas pada setiap hari Selasa dan Khamis yang dikendalikan oleh
Cik Noor Azzah Mohd Yusof.
OPS ZAKAT DENGAN KERJASAMA LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Program ini berlangsung pada 4 Mei 2011 (Jumaat) di mana Lembaga Zakat Selangor membuka kaunter bergerak di tempat letak kenderaan masjid juga membuka kaunter di serambi masjid. Ini adalah penganjuran kali pertama dan mendapat sambutan dari warga Unisel bagi mendapatkan info berkaitan zakat pendapatan dan lain-lain jenis zakat. Warga Unisel menggunakan peluang ini untuk membayar zakat pada hari tersebut. Kaunter dibuka jam 11.30 pagi dan berakhir pada 3.30 petang.
PROGRAM TRAINING OF TRAINER : ANDA BIJAK JAUHI ZINA


KURSUS PRA PERKAHWINAN SIRI KE – 6
Program ini akan berlangsung selama 2 hari iaitu pada 29 – 30 Januari 2011( sabtu & ahad) di Dewan Senat,UNISEL. Anjuran Pusat Islam dengan kerjasama pihak Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor. Yuran penyertaan serendah RM75. Seramai 114 orang peserta terlibat dan telah menerima sijil kursus di akhir program tersebut.
PIDATO PERDANA MA’AL HIJRAH

Program bermula jam 7.00 pagi pada hari Jumaat iaitu 19 November 2010 bertempat di Masjid Umar Abd Aziz, UNISEL. Ianya dianjurkan oleh Pusat Islam bersama Jawatankuasa Masjid UNISEL, Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Pentadbiran & Sumber manusia. Penyertaan adalah sebanyak 6 ekor lembu dan seekor kambing. Bayaran penyertaan bagi 1 bahagian qurban adalah RM360. Program ini dijayakan oleh kakitangan dan pelajar UNISEL juga atas kerjasama orang Kg. Bestari Jaya dan pihak Jana Niaga. Gotong royong memasak juga diadakan bagi menyediakan jamuan untuk hidangan seramai 300 orang.