Sunday, January 30, 2011

FALSAFAH, VISI, MISI & OBJEKTIF PUSAT ISLAM

Falsafah Pusat Islam

Berkeyakinan bahawa setiap insan mempunyai bakat dan
Potensi diri, untuk mencapai kecemerlangan melalui
penguasaan integrasi ilmu melahirkan modal insan  yang
berakhlak mulia , berilmu ,beramal , berketerampilan ,
berbakti kepada agama , bangsa dan Negara.


Visi  Pusat  Islam

Menjana Kecemerlangan Insan Berihsan

“ Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam
bentuk sebaik – baiknya ”
Surah At – Tin  : 95 : 4


Misi Pusat Islam

Menjadi Sebuah Pusat Kecemerlangan Pengurusan Dan
Pentadbiran Hal Ehwal Agama, Menyuburkan Budaya
Intelektual ,Melalui Pelbagai Aktiviti Selari Dengan Misi
Dan Visi Unisel.


Objektif Pusat Islam

* Menjadi pusat yang bertanggungjawab dalam bidang keagamaan
 disamping bidang lain yang diperlukan universiti dan masyarakat
 demi memenuhi keperluan industri.

*  Memberi perundingan khidmat nasihat peribadi dan kelompok
 kepada pelajar dan staf yang memerlukan.

* Membentuk peribadi dan sahsiah mulia dikalangan pelajar dan
staf melalui penerapan nilai ilmu, etika dan moral kearah
pembentukan Towering Personality .

* Menganjurkan program ke arah membangunkan modal insan
dalam bentuk kursus, latihan, seminar, wacana intlektual,
bengkel, forum pengajian dan kuliah yang melibatkan penyertaan
 warga Unisel dan masyarakat luar.

* Bekerjasama dengan fakulti-fakulti dan jabatan di Unisel dalam
 menganjurkan pelbagai program .

* Menjalinkan hubungan industri dengan jabatan-jabatan kerajaan
 dan bukan kerajaan serta institusi pengajian tinggi awam dan swasta
 dalam rangka mewujudkan perkongsian pintar.


No comments:

Post a Comment