Friday, January 14, 2011

Sejarah Penubuhan Pusat Islam Universiti Industri Selangor


Pusat Islam Universiti Industri Selangor ditubuhkan 
atas kehendak Yang Berbahagia Prof. Dato’ Dr. Razali Agus,
Naib Canselor Unisel dalam satu pertemuan beliau dengan 
semua kakitangan bahagian Hal Ehwal Pelajar Unisel pada
15 Ogos 2007, bagi menggantikan Unit Agama dan 
Pembangunan Insan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang telah 
beroperasi selama setahun sebelas bulan di Kampus Bestari Jaya Unisel.


Unit ini  telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dan program
dari semasa ke semasa, yang pada ketika itu berada di bawah 
kepimpinan, Naib Canselor Unisel Prof. Dato Dr. Adnan Alias
dan Timbalan Naib Canselor (HEA &HEP) Unisel, Prof. Dr. Rustam Abbas.

Hasrat murni Prof Dato Dr Razali Agus menggantikan Unit Agama 

Dan Pembangunan Insan dinaik taraf menjadi Pusat Islam Unisel 
yang secara langsung di bawah pentadbiran pengurusan tertinggi
iaitu Naib Canselor, adalah sesuatu yang murni dan perlu diberi 
pengiktirafan dan sanjungan oleh semua warga Unisel. Ini selari 
dengan dasar kerajaan di bawah pimpinan Yang Amat Berhormat
Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang telah menjadikan 
Islam Hadhari sebagai teras pentadbiran dan pengurusan negara 
Malaysia demi mengangkat martabat Islam sebagai Agama Rasmi negara.

Secara langsung ia memberi ruang kepada semua staf 

Unit Agama &Pembangunan Insan yang telah diserapkan di bawah
pentadbiran Pusat Islam Unisel, agar dapat terus berperanan dengan
lebih luas bagi menjadikan Pusat Islam melalui aktivitinya sebagai 
pusat membangun kecemerlangan modal insan serta pusat ibadah.

No comments:

Post a Comment