Monday, January 31, 2011

SEKAPUR SIREH PENGARAH PUSAT ISLAM

Sekapur Sireh Pengarah Pusat Islam

Assalamualaikum W.B.T
Segala puji dan kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Allah SWT
yang sentiasa memberi taufiq dan hidayahNya, maka kita dapat
melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai hambaNya dari
sudut hubungan kita dengan Allah dan hubungan kita sesama
insan atau masyarakat.

Pusat Islam yang telah ditubuhkan oleh UNISEL merupakan
sebuah pusat pentadbiran dan pengurusan hal ehwal Islam yang
diberi tanggungjawab oleh pengurusan universiti bagi membangun
modal insan di kalangan pelajar dan staf melalui pelbagai program
yang telah dijalankan dengan menggariskan :
      * Menghayati Islam sebagai Ad-din dalam segenap kehidupan.
      * Meyakini peranan ilmu-ilmu Islam dalam mencorakkan
         pengurusan.
      * Mempelopori budaya keilmuan dan kekayaan intelektual.
      * Menjernihkan pandangan hidup (worldview) Islam.

Semoga program-program yang telah dilaksanakan dan dirancang
oleh Pusat Islam dapat member manfaat serta melahirkan insan
yang berilmu dan bertaqwa kepada Allah SWT.
       

No comments:

Post a Comment